Sorting by

×

Tutup satu simpang, elak kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 1 Disember – Bagi mengelakkan kemalangan berulang satu daripada persimpangan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Permatang Duyong, di sini, dicadangkan supaya ditutup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, langkah itu hanya untuk tempoh jangka pendek sementara menunggu projek penyuraian trafik Lembah Duyong dirancang dimulakan.

Katanya keputusan itu adalah hasil perbincangan dan lawatan ke tapak oleh pihaknya bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

“Mungkin keputusan ini nampak menyusahkan pengguna, namun dalam masa sama akan kurangkan risiko kemalangan.

“Penutupan simpang berkenaan dijangka dilakukan minggu hadapan. Sebelum itu perjumpaan dengan pelbagai pihak berkenaan akan dibuat, jika maklum balas positif perkara ini akan diteruskan,” katanya.

WhatsApp Image 2022-12-01 at 1.47.55 PM
PERSIMPANGAN yang dicadangkan untuk ditutup buat sementara waktu.

Mohd Noor Helmy turut menasihatkan pengguna laluan berkenaan agar tidak bersikap terburu-buru dengan menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu.

“Ini baru peringkat percubaan, jadi saya harap semua bersabar. Susah atau senang, sesak atau tidak kita cuba dahulu.

“Langkah itu kita ambil dan buat selepas mengambil kira pandangan serta persetujuan JKR. Kita cuba dahulu kalau sesuai teruskan jika sebaliknya kita cuba cara lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2998
Kongsi :
Previous post Kekalkan suasana kampung di Ayer Molek
Next post Van bawa jenazah terbabit kemalangan
Ubah saiz-+=