Wanita nyaris maut kereta rempuh lori 25 tan

Masa Membaca:58 Saat

AYER MOLEK 29 November – Seorang wanita nyaris maut apabila kereta Proton Wira dipandunya merempuh belakang sebuah lori 25 tan dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kandang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Maizatul Mad Said, 49 yang juga seorang peniaga kecil hanya mengalami cedera ringan di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori yang datang dari arah Muar menghala ke Bandar Melaka membuat pusingan U di kawasan yang dibenarkan.

Katanya, letika itu, datang sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 49 tahun dari arah bertentangan dan merempuh lori berkenaan.

“Difahamkan, wanita itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berniaga di Klebang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta dipandu wanita tersebut remuk teruk, namun dia hanya mengalami luka ringan di tangan dan kaki, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, foto dan video kemalangan itu tular di media sosial apabila dimuat naik di platform Facebook dan TikTok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2690
Kongsi :
Previous post FFM32: Melaka jadi tumpuan penggiat seni seluruh Malaysia, negara serantau – Exco
Next post Produk Inovasi UTeM raih 13 pingat di PECIPTA 2022
Ubah saiz-+=