Produk Inovasi UTeM raih 13 pingat di PECIPTA 2022

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 29 November – Produk inovasi ciptaan kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengungguli Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 dengan merangkul 13 pingat.

PECIPTA 2022 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan, baru-baru ini menyaksikan lebih 500 produk inovasi dari seluruh dunia.

Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, kejayaan itu menjadi rantaian lonjakan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kumpulan penyelidik yang komited menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dunia.

“UTeM mencatatkan kejayaan cemerlang di PECIPTA 2022 dengan pungutan pingat keseluruhan dengan enam pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa,” katanya.

Enam pingat emas dimenangi menerusi produk High-Q Microwave Resonator Sensor for Material diketuai oleh Ts Dr Maizatul Alice Meor Said, EnauPolyLA (FDM Filament) diketuai oleh Dr Mastura Mohammad Taha, Hygienic Portable Female Urinal Device (HPFUD) diketuai Prof Ir Dr Hambali Arep.

Cool Sound- Cooling Technology Without Refrigerant diketuai Dr Fatimah Al-Zahrah Mohd Sa’at, Smart Sit Stand Exoskeleton diketuai Dr Isa Halim dan Islamic Marketplace Payment Gateway diketuai oleh Prof Madya Ts Dr Mohammed Hariri Bakri.

Empat pingat perak pula diraih menerusi produk Proxy-Based Space Saver (ProSaver), Diebetic Retinopathy Consultant System (DRCS), AI Smart Learning dan Intelligent PD Antenna With Integration of Noise Suppression Patches in Combination with Hybrid PD SOM and Statistical Extraction Features Classification for Power Transfomer.

Sementara itu, tiga pingat gangsa dimenangi menerusi produk Optimization Tools of Refresh Rate and Powder Handling of SLS Process, Optimal Plastics Waste as Oil Solidfier (OPWOS) dan Rullz Precision Cutter.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2243
Kongsi :
Previous post Wanita nyaris maut kereta rempuh lori 25 tan
Next post Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam – KPNHEP
Ubah saiz-+=