Tiada aduan bekalan telur terjejas di Melaka – KPDNHEP
AYER KEROH 28 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan telur ayam di negeri ini.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata sekiranya berlaku masalah kekurangan telur ayam di negeri ini, laporan boleh dibuat kepada pihaknya bagi membolehkan siasatan dilakukan.
“Setakat ini memang tiada aduan berhubung isu telur kurang di Melaka, sebab kita (KPDNHEP) memang pastikan bekalan di negeri ini tidak terjejas.
“Kalau nak kata peniaga runcit tidak dapat bekalan telur disebabkan pembekal simpan, memang tiada sebab pengeluaran telur ayam di Melaka berjalan seperti biasa.
“Orang ramai boleh buat aduan secara terus di Facebook rasmi kita juga sebab kita ada skuad terjah yang akan pantau di kawasan panas,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Norena berkata peniaga juga akan dikenakan tindakan sekiranya cuba menjual telur ayam yang sudah rosak atau berbau busuk.
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang cuba menjual telur yang sudah busuk, pastikan buat aduan dan kami akan siasat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...