
TDM mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan baharu
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata TDM sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada barisan kepimpinan negara, untuk memandu pasukan keselamatan itu ke arah lebih baik.
“Harapan TDM adalah yang terbaik (daripada kerajaan). Siapa sahaja yang memimpin dan menjadi kerajaan, kami akan sokong sepenuhnya dan sememangnya mengharapkan yang terbaik daripada mereka (kerajaan).
“Saya rasa pemimpin-pemimpin yang dipilih itu adalah dalam kalangan mereka yang bijaksana,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Asnaf Orang Asli sempena Program Jiwa Murni TDM 2022 di Batu 12, Gombak, di sini, hari ini.
Pada Khamis lepas, Malaysia mencatat sejarah menerusi pembentukan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti lain diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, 75, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada hari sama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
