
Keluarga individu pulang dari Sabah positif COVID-19 di Bukit Katil
AYER KEROH 11 Okt. – Tiga lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Melaka, hari ini, menjadikan keseluruhan terdapat sembilan kes aktif setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini memaklumkan, kes berkenaan dikesan melalui saringan kontak rapat salah satu daripada kes aktif sebelum ini.
Menurutnya, tiga individu dari mukim Bukit Katil yang dikesan positif hari ini merupakan dari kalangan ahli keluarga pesakit yang baru pulang dari Sabah.
“Tiga kes itu sebenarnya adalah saringan kontak rapat dari kes aktif sebelum ini yang pulang dari Sabah dan sedang dirawat di hospital.
“Mereka ini dari kalangan ahli keluarga kes aktif tersebut yang mana pada awalnya saringan pertama mereka adalah negatif, namun saringan kedua didapati positif.
“Ketiga-tiga mereka sudah dimasukkan ke wad dan dikuarantin serta diasingkan daripada masyarakat,” katanya.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, kes berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan pelajar yang masih bersekolah.
Beliau turut menepis dakwaan kes baharu hari ini bersangkut-paut dengan kes sporadik yang direkodkan di mukim Tanjung Kling sebelum ini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

