Sorting by

×

500 peserta dijangka sertai Smart Melaka International Conference

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 23 November – Seramai 500 orang termasuk peserta dari luar negara dijangka menyertai Persidangan SMART Melaka International Conference 2022 (SMIC2022) yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, persidangan selama dua hari itu bukan sahaja membabitkan perbincangan bersama malah peserta dapat memberi pandangan bukan hanya sahaja untuk Melaka malah untuk Malaysia.

“Kita anggarkan peserta yang akan datang seramai 500 orang termasuk dari Singapura dan sekarang kita tengah tunggu penyertaan dari Indonesia malah moderator juga kebanyakkan dari Singapura.

“Yang lebih indah lagi, kita turut ada peserta dari universiti antaranya seperti Universiti Multimedia (MMU) serta Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan dalam sesi itu mereka akan berbincang bersama malah peserta baik dari dalam dan luar negara akan dapat mendengar serta memberi ‘feedback’ bukan hanya untuk Melaka tetapi (untuk) negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persiapan Persidangan Smart Melaka Melaka International COnference 2022 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) Dr Nazdiana Ab Wahab, di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), hari ini.

photo_2022-11-23_17-06-55
Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut beliau, penganjuran SMIC2022 ini secara tidak langsung memperlihatkan Kerajaan Negeri begitu komited dalam merealisasikan Smart Melaka Blueprint 2035, sekali gus ke arah menjadikan Melaka sebagai negeri pintar.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kerana beliau sekali lagi menyokong usaha baik ini sekaligus memberi ‘highlight’ kepada orang luar bahawa Melaka sekarang ini bersedia menjadi bandar pintar.

“Faedahnya kepada MElaka, pelbaur akan dapat melihat lagi bagaimana mereka akan mendapat keuntungan yang lebih lagi kalau datang ke Melaka. Seperti yang kita lancar Smart Melaka Blueprint 2035 kita sasarkan Melaka jadi bandar pintar dan ini proses yang sedang berjalan,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, perlancaran SMIC2022 itu akan disempurnakan Ketua Menteri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2466
Kongsi :
Previous post Polis perketat kawalan keselamatan dan SJR di Istana Negara
Next post Polis tahan lelaki disyaki papar ketidakpuasan hati terhadap Agong
Ubah saiz-+=