PDRM laksana SJR di lokasi strategik seluruh negara
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WANITA MAUT, ANAK CEDERA PARAH DIREMPUH KERETA API
PUTATAN 19 November - Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api di...
KPM SIASAT PELAJAR THAILAND RENTAS SUNGAI GOLOK BERSEKOLAH DI MALAYSIA
PUTRAJAYA 19 November - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok...
MPAG PERKEMAS SISTEM PENGURUSAN, PENYIMPANAN FAIL
ALOR GAJAH 19 November - Sistem pengurusan dan penyimpanan fail dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting bagi memastikan...
POLIS TUMPASKAN DUA CUBAAN SELUDUP KOSMETIK BUATAN THAILAND
KOTA BHARU 19 November - Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melibatkan rampasan...
PESARA GURU RUGI LEBIH SETENGAH JUTA DITIPU SYARIKAT PELABURAN EMAS
KUALA TERENGGANU 19 November - Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu...
POLIS BURU EMPAT LELAKI SAMUN BERSENJATA API DI BUKIT SELAMBAU
SUNGAI PETANI 19 November - Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis...