Malaysia masih di bawah ‘kerajaan sementara’ – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’, dan begitu juga Kabinetnya yang kekal sebagai ‘caretaker Cabinet’.
“Jadi rakyat jangan keliru, seolah-olah sekarang ini tidak ada kerajaan, kerajaan lama masih kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker goverment.’
“Malah Kabinet yang lepas pun masih berfungsi sebagai ‘caretaker Cabinet’ kecuali mereka yang tidak bertanding ataupun kalah dalam pilihan raya, mereka mungkin tak boleh menjawat jawatan menteri seperti dahulu sebab dia bukan ahli parlimen lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata satu sesi sidang khas parlimen akan diadakan bagi membentangkan bajet khas untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember, jika masih tiada kerajaan dibentuk dalam masa terdekat.
Sehubungan itu katanya penjawat awam tidak perlu bimbang, gaji mereka tetap akan dibayar, sambil menjelaskan bahawa sesi sidang khas itu akan dilaksanakan secara ringkas tanpa ada sesi perbahasan.
“Ia perlu dibentang sebelum hujung Disember untuk bayaran gaji Januari. Ia akan dibentang dan dilulus sebulat suara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAGU HATI UNTUK PENGUSAHA KUPANG, KERANG
SUNGAI RAMBAI 23 Disember - Kesukaran ditempuh pengusaha kupang dan kerang di negeri ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri menerusi sumbangan...
INISIATIF ‘IDEAL’ MAMPU TARIK LEBIH RAMAI PELABUR KE MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan inisiatif 'Investor Development Easy Approval and License' atau 'IDEAL',...
PERLUAS INISIATIF ‘BASIC LIFE SUPPORT’ KE SEMUA PBT
AYER KEROH 23 Disember - Inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mewujudkan pasukan khas 'Basic Life Support' (BLS) bagi menangani...
LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menekankan lima amanat penting dalam usaha memperkasakan...
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama...
TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
REMBIA 23 Disember - Usaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memartabatkan institusi surau dan masjid diteruskan lagi dengan penyerahan...