
Lelaki lemas selepas mandi-manda bersama rakan
KUALA LUMPUR, 21 November – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama lima rakannya di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Husain Hakimi Ridzuan, 22, dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras sungai sebelum tersepit di celahan batu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.14 pagi.
“Lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi pada 11.53 pagi untuk memulakan operasi pencarian.
“Mayat mangsa ditemukan pada 1.21 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...