
Mas Ermieyati pertahan Parlimen Masjid Tanah
MASJID TANAH 19 November – Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti 4,411 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mas Ermieyati memperolehi 25,604 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid yang memperoleh undi sebanyak 21,193.
Calon Muda, Mutalib Othman meraih undi sebanyak 7,445 manakala Handrawirawan Abu Bakar dari Pejuang memperoleh 507 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Saifuddin Abd Karim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah pada jam 11 malam tadi.
Beliau berkata, jumlah peratus pengundi yang mengundi di Parlimen itu adalah sebanyak 79.9 peratus.
“Jumlah undian oleh pemilih adalah sebanyak 54,749 manakala jumlah kertas undi yang ditolak adalah sebanyak 406 dan jumlah kertas undi tidak dikembalikan sebanyak 115,” katanya.
Pada PRU-14, Mas Ernieyati menang di kerusi Parlimen berkenaan dengan majoriti undi 8,159 ketika mewakili BN sebelum keluar UMNO pada hujung 2018 dan menyertai Bersatu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
