Sorting by

×

P.136 Tangga Batu milik PN

Masa Membaca:47 Saat

TANGGA BATU 19 November – Calon Perikatan Nasional (PN) Bakri Jamaluddin sah menang kerusi P.136 Tangga Batu.

Selepas tamat kiraan undi, Bakri memperoleh 37,406 undi, sekali gus menang dengan majoriti 8,849.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Parlimen Tangga Batu Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz.

Ia menyaksikan PN merampas kerusi berkenaan daripada penyandangnya Prof Madya Rusnah Aluai (PH) yang memperoleh 28,557 undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lim Ban Hong pula berpuas hati dengan 25,095 undi.

Sementara itu, calon Pejuang Ghazali Abu dan calon Bebas Shahril Mahmood masing-masing hilang wang pertaruhan apabila sekadar meraih 702 dan 267 undi.

Untuk rekod, Parlimen Tangga Batu mempunyai 115,998 pengundi berdaftar membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Udang, Pantai Kundor, Paya Rumput dan Klebang.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, sebanyak 29 pusat pengundi dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5466
Kongsi :
Previous post Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang
Next post Mas Ermieyati pertahan Parlimen Masjid Tanah
Ubah saiz-+=