
Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang
KLANG, 19 November – Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri atas sebuah kereta ‘buggy’ ketika bertugas di pusat pengundian tersebut.
“Pihak ambulans telah membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata hasil siasatan awal pihak polis serta keterangan isteri mangsa menyatakan lelaki tersebut sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Cha turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...