
Hampir 42 peratus pengundi di Melaka tunai tanggungjawab
AYER KEROH 19 November – Seramai 269, 508 daripada 644, 645 pengundi di negeri ini keluar mengundi sehingga jam 1 petang tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, jumlah yang direkodkan itu bersamaan 41.81 peratus dari seluruh 220 pusat mengundi di Melaka.
“Di seluruh Melaka kesemua pusat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi dan seramai 1,374 pegawai serta anggota ditugaskan sebagai penyelia dan juga petugas saluran di pusat mengundi.
“Polis sahkan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas di beberapa pusat mengundi di ketiga-tiga daerah ini disebabkan bilangan pengundi yang keluar mengundi tinggi pada awal pagi,” katanya.
Menurut beliau, orang ramai tidak perlu bimbang dan risau untuk keluar bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana pihak polis sentiasa memantau keadaan keselamatan.
“Sehingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan.
“Kami menyeru supaya orang ramai tidak bimbang untuk menunaikan tanggungjawab kerana polis komited memastikan proses PRU15 berjalan lancar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...