Sorting by

×

Proses pengundian individu positif COVID-19 lancar – Khairy

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PETALING JAYA, 19 Nov – Proses pengundian melibatkan pesakit COVID-19 setakat tengah hari ini berjalan lancar di semua pusat pengundian, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sekurang-kurangnya dua petugas kesihatan ditugaskan di setiap pusat pengundian kecuali di pusat-pusat kecil yang menempatkan satu petugas.

“Sebagai contoh, di pusat pengundian ini (SK Seksyen 7 Kota Damansara), ada 10 orang yang positif COVID-19 hadir (setakat 12 tengah hari ). Pegawai saya maklumkan bahawa mereka memaklumkan bahawa positif COVID dan dibenarkan mengundi dan terus balik. Semuanya lancar,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di SK Seksyen 7 Kota Damansara di sini.

Menurut Khairy, pengundi yang positif COVID-19 akan menunjukkan status positif mereka di MySejahtera sebaik tiba di pusat mengundi dan terus dibawa masuk untuk mengundi, kemudian balik.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu yang positif virus itu perlu mematuhi beberapa garis panduan untuk mengundi, termasuk penjarakan fizikal dan tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam.

Khairy menghadapi saingan tujuh penjuru bagi Parlimen Sungai Buloh, melibatkan calon Pakatan Harapan Datuk R. Ramanan dan Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional).

Turut bersaing merebut kerusi itu adalah wakil Pejuang Mohd Akmal Mohd Yusoff, Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1128
Kongsi :
Previous post Pengundi muda paling ramai, terpaksa beratur sejam
Next post Sampai masuk mimpi pergi mengundi
Ubah saiz-+=