
Ban Hong buang undi dalam hujan renyai
TANGGA BATU 19 November – Calon Barisan Nasional (BN) P136 Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) di Balai Raya Persiaran Balik Buloh, Klebang, kira-kira jam 9.09 pagi tadi.
Terdahulu, beliau yang juga Naib Presiden MCA tiba berseorangan memakai kemeja berwarna putih dan berseluar hitam.
Walaupun dalam keadaan hujan renyai, beliau sempat melambai mesra kepada petugas dan pengundi yang hadir ke pusat pengundian itu.
Beliau mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuang undi sebelum beredar dan difahamkan menuju ke pusat-pusat pengundian lain di Parlimen Tangga Batu bagi memberikan sokongan kepada pengundi menunaikan kewajipan.
Untuk rekod, Parlimen Tangga Batu yang mempunyai seramai 115,998 pengundi bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru pada PRU15 ini.
Ban Hong yang juga calon nombor lima, bakal ditentang penyandang kerusi Parlimen berkenaan Rusnah Aluai mewakili Pakatan Harapan (PH) dan calon Perikatan Nasional (PN) Bakri Jamaluddin.
Turut bertanding calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang mewakili Pejuang, Ghazali Abu dan seorang calon Bebas, Mohammad Shahril Mahmood.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...