Sorting by

×

Konvoi anak muda BN Masjid Tanah terima sambutan luar jangka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MASJID TANAH 18 November – Pecutan akhir kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menerima sambutan luar jangka selepas disertai hampir 1,000 motosikal.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program konvoi bermotosikal dan kenderaan pacuan empat roda dilepaskan bermula jam 3 petang tadi telah menjelajah mengelilingi semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah.

“Kita mengadakan konvoi jelajah ini sebagai kemuncak kepada kempen PRU15 yang berakhir pada jam 5 petang tadi. Konvoi dilepaskan di DUN Tanjung Bidara, seteruskan singgah ke destinasi di DUN Lendu, Ayer Limau, Taboh Naning dan Kuala Linggi.

“Sambutan hari ini begitu menggalakkan dan amat luar biasa kerana jangkaan awal hanya akan disertai sekitar 500 motosikal sahaja.

“Alhamdulillah ini menunjukkan sambutan dan sokongan dalam kalangan anak muda amat memberansangkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan penutupan program itu di Villa D’Acqua, di sini hari ini.

Abdul Rauf menyatakan keyakinan PRU15 kali akan memihak kepada parti keramat itu hasil kepercayaan rakyat.

“Memandangkan tokoh yang lama ini sudah lebih 10 tahun jadi Ahli Parlimen tapi kita tidak nampak apa-apa perubahan.

“Jadi kita harap dengan langkah baharu ini Masjid Tanah akan lebih membangun dengan cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2093
Kongsi :
Previous post PRU15: Mangsa banjir di PPS akan mengundi esok
Next post Polis terima laporan kes tular lelaki dera wanita di Kajang
Ubah saiz-+=