Selamat pulang anak Masjid Tanah!
MASJID TANAH 18 November – Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah menasihatkan pengundi luar yang pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih esok supaya sentiasa berhati dan merancang perjalanan.
Calon BN Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid berharap supaya diberikan kepercayaan, sokongan teguh dan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
“Kepada pengundi luar yang juga anak Masjid Tanah yang pulang ke kampung halaman masing-masing diharapkan anda semua selamat sampai ke pangkuang keluarga.
“Saya memohon diberikan kepercayaan ini agar mandat rakyat dapat dijalankan BN,” katanya eliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyertai konvoi jelajah pecutan akhir anak Muda Masjid Tanah diketuai Pengerusi BN Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Villa D’ Acqua, di sini, petang tadi.
Konvoi berkenaan membabitkan lebih 1,000 pelbagai jenis model membabitkan anak muda dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah.
Sementara itu, Ab Rauf menasihatkan kepada pengundi luar yang pulang ke Masjid Tanah agar tidak tersalah pilih dalam PRU kali ini.
“Selamat pulang dan selamat menunaikan tanggungjawab anda semua yang pulang ke kampung, biarpun pilihan itu terletak pada hati sendiri namun saya mengingatkan janganlah tersalah pilih kerana jika tersalah pilih maka amat sukar untuk kita perbetulkan nanti.
“Jadi kali ini kita perlu pilih BN untuk kembali semula menuju pemerintahan di Putrajaya kerana semoga Melaka dan Putrajaya akan seiring sejalan demi masa depan anak bangsa, agama dan negara,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.