
Amy Search gamatkan DUN Ayer Limau
AYER LIMAU 17 November – Kehadiran Lagenda rock Malaysia Datuk Amy Search gamatkan suasana Ceramah Perdana PRU15 DUN Ayer Limau di Pusat Perniagaan Lubuk China, malam ini.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman turut menyanyikan lagi popular Search Fantasia Bulan Madu yang menarik perhatian orang ramai khusus orang muda yang hadir pada kempen pecutan akhir oleh Barisan Nasional (BN) meskipun gerimis melanda di tapak program.
Beliau turut mengingatkan orang ramai khusus orang muda agar membuat pilihan tepat pada hari mengundi Sabtu ini.
Hadir sama pada program itu calon BN bagi kerusi P134 Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...