Sorting by

×

BN sasar peroleh kemenangan ‘4 plus 1’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LINGGI 17 November – “Kita sasarkan kemenangan ‘4 plus 1’ kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” demikian kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika diminta mengulas mengenai perkembangan semasa PRU15 dengan hari mengundi pada Sabtu ini.

Ab Rauf berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan BN di kerusi berkenaan selain sebelum ini.

Katanya, antara kerusi disasarkan akan dimenangi BN adalah Parlimen Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan BN boleh menang di semua enam kerusi Parlimen bagi Negeri Melaka jika berlaku perkara luar biasa pada saat akhir menjelang hari pengundian yang boleh mempengaruhi pilihan pengundi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu bagaimanapun tidak menyatakan satu lagi kerusi Parlimen yang mungkin akan dimenangi BN nanti.

“Jangan salah pilih buat kali kedua kerana akhirnya apabila tersalah pilih ini tidak akan memberi pulangan baik rakyat.

“Lihatlah Melaka selepas menang besar (pada Pilihan Raya Negeri) kita dapat wujudkan kerajaan yang stabil, ramai yang yakin dan negeri ini bertambah makmur sepanjang diuruskan BN,” katanya ketika ditemui, di Universiti Melaka (Unimel), di sini,hari ini.

Terdahulu Ab Rauf yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, menjadi panel pada Program Santai Bersama Warga Unimel.

Sesi dialog diadakan turut dihadiri Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin sebagai panel kedua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2046
Kongsi :
Previous post Unimel perlu jadi pusat R&D teknologi Islam
Next post Jangkitan COVID-19 varian Omicran XBB terkawal – Khairy
Ubah saiz-+=