
76 mangsa banjir di Melaka ditempatkan di tiga PPS
MELAKA 15 November – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 76 mangsa berbanding 73 orang pagi tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, jumlah itu membabitkan 24 keluarga setakat jam 4 petang tadi yang melibatkan daerah Alor Gajah dan Masjid Tanah.
“Bagi daerah Alor Gajah, seramai 12 mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala 48 lagi ditempatkan di Dewan Japerun Durian Tunggal manakala bagi daerah Melaka Tengah, seramai 16 mangsa ditempatkan di PPS Japerun Kesidang,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, antara kawasan yang masih terjejas banjir di daerah Alor Gajah adalah Kampung Gadek; Kampung Bukit Tambun; Kampung Bukit Balai; Kampung Belimbing; Kampung Pulau; Pengkalan dan Kampung Panchor.
Katanya, bagi daerah Melaka Tengah, hanya satu kawasan yang masih terjejas banjir iaitu Taman Tamby Chik Karim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...
MPJ LUPUS PAPAN TANDA USANG, GIAT INDAHKAN JASIN
JASIN 9 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat memperindah dan membersihkan kawasan pentadbirannya di sekitar Jasin. Yang Dipertua Majlis...
AIDILFITRI: JPJ MELAKA TERIMA 183 ADUAN KESALAHAN JALAN RAYA
MELAKA, 9 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu...
JALAN BAHARU 3KM HUBUNGKAN TIGA KAMPUNG DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 9 April - Sebuah jalan baharu dari Kampung Paya Lebar ke Kampung Lubok Redan dan Kampung Pulau, Masjid...