Trak terbalik, anggota tentera cedera parah dlam perjalanan ke pusat undi
SEREMBAN, 15 November – Seorang anggota tentera cedera parah dalam satu kejadian trak terbalik di Jalan Chengkau-Pilin, dekat sini, tengah hari tadi, ketika dalam perjalanan ke pusat pengundian awal di Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata trak Regimen ke-11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas itu membawa 24 anggota tentera berumur lingkungan 24 hingga 30 tahun.
“Mereka dalam perjalanan ke pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, untuk tujuan mengundi awal. Setibanya di tempat kejadian, trak berkenaan didakwa gagal dikawal dan terbalik.
“Susulan kejadian berkenaan, seorang anggota mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Rembau, empat berada di Zon Kuning (cedera sederhana) dan 19 lagi Zon hijau (cedera ringan). Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...
MD NAZRI DILANTIK PEMANGKU KETUA POLIS MELAKA
AYER KEROH 2 Januari - Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Melaka berkuatkuasa...
SPM 2024: PERATUSAN KEHADIRAN CALON CECAH 97 PERATUS – FADHLINA
PUTRAJAYA 2 Januari - Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan...