Sorting by

×

Tujuh pembangunan terbaharu untuk kemajuan Melaka

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 10 Okt. – Bagi memastikan kemajuan dapat diteruskan di Melaka, kerajaan negeri terus komited dan giat merancang segala bentuk pembangunan baharu yang bakal memberi impak positif kepada negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, untuk itu beberapa inisiatif pembangunan negeri Melaka telah dirancangkan dengan sebaiknya.

Menurutnya, antara bentuk pembangunan yang sedang dirancang termasuklah membangunkan Melaka Waterfront Economic Zone atau M-WEZ yang bakal menjadi koridor ekonomi baharu negeri yang akan dibangunkan di kawasan tambak laut seluas 15,000 ekar sepanjang 22 kilometer, dari Umbai hingga ke Tanjung Bruas.

“Selain M-WEZ, kita juga akan menubuhkan daerah penuh di Masjid Tanah, selain kita juga menuju ke arah pendigitalan dan bandar pintar serta pembangunan industri berteknologi tinggi.

“Pada masa sama, beberapa pembangunan lagi seperti Stesen High Speed Rail (HSR) Melaka, Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) dan Pembinaan Infrastruktur Waste to Energy (WTE) di Sungai Udang akan dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan taat setia bersempena Sambutan Rasmi Hari Jadi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, sebentar tadi.

Views:

700
Kongsi :
Previous post KM bakal atur perjumpaan khas sebelum bentang Bajet Negeri Melaka 2021
Next post Ismail, Noraini tak hadir terima pingat kerana jalani perintah kuarantin
Ubah saiz-+=