Sorting by

×

Kursus kemahiran bakal diperluaskan di Masjid Tanah – Abdul Hakim

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 11 November – Kursus asas kemahiran, khususnya bidang perniagaan dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bakal diperluaskan lagi di Parlimen Masjid Tanah.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid berharap orang muda memanfaatkan inisiatif itu bagi membantu golongan berkenaan menguasai kemahiran dan meneroka bidang keusahawan untuk menjana pendapatan.

“Sebelum ini ramai menyertai kelas kemahiran yang dianjurkan, namun sekarang jumlah peserta tidak ramai.

“Jadi selepas ini kita akan pastikan program perkongsian ilmu ini terus diperkasakan lagi khususnya kusrus boleh membantu peserta mengambil bahagian secara langsung dalam bidang ekonomi.

“Aspek peserta pula saya minta orang lelaki turut sama ambil bahagian. Pada kebiasaan kursus yang dianjurkan lebih menarik minat kaum hawa,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menyantuni penduduk di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak, di sini, petang tadi.

Abdul Hakim berkata, kursus jangka pendek atau ‘quick win’ mungkin sesuai dan mampu menarik lebih ramai penyertaan pemuda dalam Parlimen Masjid Tanah.

Menurutnya, antara kursus kerap dianjurkan KEMAS adalah kelas memasak, agama, latihan kompang, gunting rambut dan kemahiran lain.

“Jika 19 November ini saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah yang baharu, ini adalah antara perkara yang akan saya laksanakan.

“Penduduk di luar bandar perlu diperkasakan dan diberi peluang kerana mereka memiliki kemahiran serta kemampuan. Mereka ini perlu diasuh dan diberikan bimbingan, dengan usaha gigih insya-Allah kita akan melihat mereka ini berjaya,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1907
Kongsi :
Previous post Teater Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang kembali selepas enam tahun
Next post Gangguan LRT: Wee tidak tolak kemungkinan sabotaj
Ubah saiz-+=