Sorting by

×

Pemandu lori kontena maut dalam nahas babit enam kenderaan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SEREMBAN, 11 Nov – Seorang pemandu lori kontena maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya yang membabitkan tiga kereta, sebuah lori kontena, sebuah lori, dan sebuah motosikal di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata Muhammad Iqbal Kamarulzaman, 42, yang beralamat di Klang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

treler
Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan di kilometer KM 280 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan dekat Nilai hari ini. Foto Bernama

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila lori kontena yang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Nilai itu hilang kawalan, sebelum ia terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar beberapa kenderaan di laluan itu.

Katanya lapan lagi individu termasuk warga asing berumur 20 hingga 59 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan selamat, dengan enam daripadanya mengalami kecederan ringan dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Dalam kenyataan hari ini Abdul Malik berkata kejadian itu mengakibatkan berlaku kesesakan sejauh lebih lima kilometer susulan empat lorong terpaksa ditutup disebabkan kedudukan lori yang menghalang laluan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6048
Kongsi :
Previous post PRU15: PDRM buka 25 kertas siasatan, keluar 1,994 permit ceramah
Next post Teater Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang kembali selepas enam tahun
Ubah saiz-+=