Sorting by

×

Gali kubur lama perlu ada adab

Masa Membaca:2 Minit, 9 Saat

AYER MOLEK 11 November – ‘Pintu’ alam barzakh atau kubur, kebiasaanya dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik, hinggakan ramai yang takut untuk melalui kawasan itu terutama pada waktu malam, kononnya risau diganggu hantu atau makhluk halus.

Berikutan itu pekerjaan membabitkan pengurusan jenazah, penggali kubur dan mengalihkan kubur lama ke lokasi baharu dianggal janggal oleh ramai pihak.

Malah amalam fardhu kifayah itu kononnya hanya boleh dilakukan oleh individu yang tinggi ilmu agama atau imannya.

Namun atas dasar rasa tanggungjawab kepada agama Mohd Aisamuddin Abdul Hamid menggalas tugas itu dengan penuh kesabaran dan keberanian dalam diri sejak lapan bulan lalu.

Pegawai Seksyen MAL Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini berkata, banyak adab perlu dijaga terutama tidak bercakap besar, ketika menjalankan tugas memindahkan pusara lama sesuai dengan ajaran Islam yang memuliakan kubur dan mereka sudah meninggal dunia.

Berkongsi pengalamannya Mohd Aisamuddin, mengakui pernah melalui beberapa kejadian ‘pelik’ namun kerana menjaga adab ditetapkan ia tidak berlarutan dan tugasnya diselesaikan mengikut perancangan.

Antara pengalaman pelik dialaminya adalah demam berterusan selama dua minggu, sementara itu isterinya menghidu bau busuk di kediaman mereka selepas dia selesai menjalankan kerja-kerja mengalihkan kubur lama.

“Kali pertama saya selesai pengalihan kubur lama, tiba-tiba sahaja demam, apa yang pelik masuk sahaja waktu Maghrib badan akan menggigil meskipun doktor memaklumkan suhu badan saya normal, memang pelik sebaik sahaja masuk waktu subuh, keadaan saya kembali normal.

“Perkara itu berlarutan selama dua minggu. Allahamdulillah selepas mendapatkan rawatan Islam, keadaan kembali pulih. Selepas itu baru saya faham dan kejadian itu membuatkan saya lebih berwaspada.

“Malah ada satu hari, selepas pulang saya terlepas dan lupa untuk mandi. Isteri yang pulang dari kerja terhidu bau busuk seakan bangkai di dalam rumah dan pada sebelah malam saya turut menghidu bau sama. Menjelang subuh bau itu hilang dan tidak ada lagi,” katanya.

Seorang lagi panel pangurusan tanah perkuburan lama MAIM, Muhammad Fahim Kamarudin pula tidak pernah mengalami sebarang kejadian pelik atau gangguan sepanjang lebih setahun diamanahkan menjalankan tugas berkenaan.

Namun Muhammad Fahim, menempuh pengalaman yang agak menarik apabila berkesempatan melihat jenazah yang dikafankan dalam liang lahad masih berkeadaan elok meskipun meninggal dunia lebih daripada 10 tahun.

“Biasanya kita akan menemui serpihan tulang sahaja, kain kafan pula sudah pasti akan hancur dalam tempoh yang lama tetapi dalam kejadian itu, jenazah lengkap lagi dalam kain kafan.

“Penemuan itu dimaklumkan kepada waris si mati, namun mereka meminta agar ikatan kain kafan tidak dilucutkan dan saya menghormati keputusan mereka.

“Apa yang penting bagi kami yang terbabit dalam proses ini adalah menjaga adab dan tingkah laku, Insya-Allah semuanya akan selamat serta dipermudahkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3933
Kongsi :
Previous post Jangan cucuk kami, Ismail Sabri tetap PM – Ahmad Zahid
Next post Semangat Ahmad Zahid iringi perjuangan jentera BN Hang Tuah Jaya
Ubah saiz-+=