Sorting by

×

Bukan janji gula-gula, tapi janji boleh dilaksana

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

LENDU 10 November – Perancangan pembangunan yang diimpikan adalah realistik, mampu dipikul dan bukannya ‘gula-gula’ kepada rakyat semata-mata mahu memancing undi untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, perancangan dilakukan adalah sistematik dan teratur bagi memastikan kesemuanya dilaksanakan dengan berkesan serta sampai kepada kumpulan sasaran seperti dimahukan.

“Kalau mahu janji gula-gula, pelbagai pembangunan yang akan saya janjikan. Tetapi bagi saya janji itu biarlah realistik dan mampu disempurnakan jika diberikan mandat pada PRU15 ini.

“Meskipun mewakili BN, pembangunan yang saya nyatakan sebelum ini adalah untuk semua orang Masjid Tanah,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan sesi ‘walkabout’ sekitar pekan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Abdul Hakim berkata, tanggungjawabnya jika diberikan mandat nanti bukan sekadar menjaga kebajikan penduduk di Masjid Tanah sebalik mereka yang tinggal di negeri luar.

Beliau turut mengulas mengenai keluhan anak mudah berhubung fasiliti riadah dan sukan sekitar Parlimen Masjid Tanah yang semakin uzur.

“Sememangnya perkara dalam pengetahuan saya dan kerap disuarakan kepada pemimpim tempatan. Kalau diberikan mandat ini adalah antara fokus saya. Perkara seperti inilah yang akan saya laksanakan jika bergelar Ahli Parlimen.

“Usaha menambahbaik, menyelenggara kemudahan sukan ini pemimpin tempatan dan saya sendiri ada ambil tindakan, ia dilakukan berterusan. Sebelum ini kita juga kerap anjurkan pertandingan bola sepak, futsal dan aktiviti riadah lain untuk anak muda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1378
Kongsi :
Previous post Bangunan baharu SJKT Ladang Jasin Lalang, beri keselesaan pada murid – KM
Next post 10,000 pengunjung dijangka hadir ke Festival Keris Antarabangsa 2022
Ubah saiz-+=