Sorting by

×

2,504 pegawai, anggota Polis Melaka mengundi awal

Masa Membaca:41 Saat

AYER KEROH 10 November – Seramai 2,504 pegawai dan anggota polis kontinjen Melaka dijangka membuang undi awal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 15 November ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pembuangan undi awal itu dijangka bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 24 pusat mengundi akan dibuka namun 19 daripadanya beroperasi sehingga jam 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang tempoh PRU15, pihaknya menggerakkan seramai 2,089 daripada 2,580 pegawai dan anggota bagi penugasan pilihan raya di negeri ini.

Katanya, polis kontinjen Melaka turut menerima bantuan sumber manusia daripada Bukit Aman seramai 125 pegawai dan anggota.

“Mereka ini diatur gerak untuk penugasan PRU15 bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2044
Kongsi :
Previous post Lelaki timbul kekecohan mesyuarat parti ditahan
Next post Bangunan baharu SJKT Ladang Jasin Lalang, beri keselesaan pada murid – KM
Ubah saiz-+=