
Lelaki timbul kekecohan mesyuarat parti ditahan
AYER KEROH 10 November – Polis Melaka menahan seorang lelaki dipercayai menimbulkan melakukan khianat selain mengancam mencederakan pengerusi mesyuarat satu parti politik di daerah Melaka Tengah, di sini malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dalam kejadian pada jam 10 malam itu lelaki berusia lingkungan usia 50an itu dipercayai melakukan kekecohan dengan menterbalikkan kerusi dan mengoyakkan kain rentang parti politik berkenaan.
Katanya, lelaki terbabit turut mengancam akan memukul pengerusi mesyuarat ketika mesyuarat itu diadakan dalam bilik mesyuarat.
“Suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes itu menjadikan jumlah kertas siasatan yang dibuka oleh polis kontinjen Melaka adalah sebanyak dua kes sepanjang tempoh lima hari berkempen.
Dalam pada itu Zainol berkata, sejak tempoh kempen 5 November lalu, pihaknya menerima dan meluluskan 65 permit ceramah di Melaka.
“Setakat ini semua parti yang bertanding mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM)....
WRUR BUKA RUANG PEMIMPIN SANTUNI RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula pada tahun ini telah membuka ruang cukup...
PEMBINAAN LOJI WTE PERLU DISEGERAKAN
SERI NEGERI 25 April - Pembinaan loji pemprosesan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai...
INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi di negeri ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah mempercepatkan...