Panglima Tentera Darat dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat

Masa Membaca:51 Saat

SUNGAI UDANG 9 Okt. – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Kem Terendak, di sini sebentar tadi.

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Semaon Marjuki sempena Hari Ulang Tahun 10 Briged yang disambut pada 10 Oktober ini.

Zamrose merupakan penerima ketujuh dari kalangan Panglima Tentera Darat Malaysia.

Pengiktirafan Beret Merun dan Sayap Penerjunan merupakan kebanggaan kepada pasukan Para yang diberikan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara yang terpilih melalui proses pencalonan yang teliti.

Kemegahan Beret Merun dan sayap penerjunaan yang disematkan di dada bagi melambangkan keberanian dan semangat kepewiraan sejati.

Kehadiran beliau ke Markas 10 Briged (Para) juga adalah bersempena lawatan julung kali selepas menerajui tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat secara rasmi 11 Jun lalu.

Pada majlis berkenaan, turut dipersembahkan pembagai demonstrasi dinamik termasuk penerjunan bebas, renang tempur, abseiling/repelling, sniper insertion, spie rig, pendaratan helikopter Agusta A109 LOH.

Views:

1390
Kongsi :
Previous post Pasukan 10 Briged Para tidak lagi kekang kemasukan PATI
Next post Tambahan 40 anggota di kawasan PKPB di Klang
Ubah saiz-+=