
PM lawat Pekan Durian Tunggal
ALOR GAJAH 9 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir meluangkan masa menyantuni penduduk Durian Tunggal, di sini, hari ini.
Ketibaan Ismail pada jam 5.55 petang disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Alor Gajah Shahril Sufian Hamdan bersama pemimpin setempat.
Ismail memulakan lawatannya dengan beramah mesra bersama peniaga yang terdiri daripada pelbagai masyarakat berbilang kaum di sekitar pekan Durian Tunggal.
Beliau kemudiannya beramah mesra bersama kira-kira 1,000 jentera Barisan Nasional (BN) di Dokeq Empire di sini, sebelum meneruskan lawatan ke tapak pasar malam berhampiran Masjid An-Naim.
Ini merupakan lawatan pertama Ismail ke Melaka sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula pada 5 November lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...