Sorting by

×

PRU15: Anak muda bantu lancarkan gerak kerja BN Melaka

Masa Membaca:52 Saat

TANJUNG BIDARA 9 November – Gerak kerja dan perjalanan kempen calon Barisan Nasional (BN) di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak dibantu oleh golongan anak muda.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, antara faktor golongan muda terpanggil melancarkan perjalanan kempen parti berkenaan adalah berikutan pemilihan calon muda yang ditampilkan parti itu.

“Gerak kerja ini sememangnya telah diwariskan kepada setiap generasi dan kali ini generasi baharu mengambil alih gerak kerja pilihan raya dengan peraturan dan perancangan yang baik.

“Disebabkan BN mempertaruhkan ramai calon muda, anak-anak muda ini dilihat begitu teruja untuk bersama-sama meraikan seorang calon dari kawasan mereka yang bakal menjadi wakil di Parlimen kelak.

“Alhamdulillah, setakat ini saya sangat berpuas hati dengan gerak kerja dan perjalanan PRU15 ini di Melaka,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan merasmikan program DUN Tanjung Bidara Beach Clean Up di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1541
Kongsi :
Previous post Program ‘pantai angkat’ pacu pelancongan Tanjung Bidara
Next post Kontinjen Melaka johan keseluruhan penulisan kreatif
Ubah saiz-+=