
Kes COVID-19 di Tanjung Kling diklasifikasikan sebagai sporadik – Exco Kesihatan
AYER KEROH 8 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka masih menyiasat punca jangkitan satu kes COVID-19 yang berlaku di negeri ini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, disebabkan punca jangkitan masih belum dikenal pasti, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai sporadik buat masa ini.
“Pihak Jabatan Kesihatan masih melakukan siasatan mengenai kes berkenaan kerana belum mengetahui dari mana punca jangkitan.
“Apa pun, tindakan telah diambil dengan menjalankan saringan ke atas semua kontak rapat dan kontak sosial individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan terdapat pertambahan satu kes COVID-19 di Melaka Tengah iaitu di mukim Tanjung Kling.
Kes itu dikesan melalui saringan kemasukan pekerjaan yang telah dijalankan.
Views:
Related


Berita Lain
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...
KACAU DODOL SEKAMPUNG DURIAN TUNGGAL LUAR BIASA MERIAH
DURIAN TUNGGAL 1 April - Tradisi 'Kacau Dodol Sekampung' terus menyemarakkan semangat gotong-royong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal...
TRADISI ‘BARAAN’ HIDUPKAN AIDILFITRI DI KAMPUNG PAYA DALAM
AYER MOLEK 1 April - Berpeluang meraikan Aidilfitri bersama masyarakat jawa di Melaka memberikan pengalaman baharu buat Muhamad Amirul Basir...