Manifesto BN bukan gula-gula kepada rakyat – Mohamad
SEREMBAN, 8 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha untuk memajukan Malaysia, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Calon BN di kerusi Parlimen Rembau itu berkata pembentukan kerajaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main tetapi perkara yang perlu diambil serius bagi memenuhi keperluan rakyat dan pelaksanaan urus tadbir sesebuah kerajaan.
“Kita bukan kerajaan budak-budak… menguruskan negara perlu serius dan praktikal. Kita dah lama mentadbir dulu dan mempunyai pengalaman jadi kita tahu dari aspek mana yang perlu diberi perhatian.
“Usaha kita untuk mengukuhkan kepercayaan terhadap kerajaan supaya rakyat berasa selesa dengan kerajaan yang mantap dan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini mengulas manifesto BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Manifesto yang menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN (PADU) itu merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...