Mahu Masjid Tanah lebih bersih – Abdul Hakim
MASJID TANAH 8 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid, mengimpikan kawasan ini yang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong luar, lebih bersih dan selamat.
Abdul Hakim berkata, bagi menjadikan Masjid Tanah sebuah bandar yang sejahtera beberapa penambahbaikan perlu dibuat di lokasi seperti Pasar Kuala Sungai Baru untu keselesaan pengunjung.
“Selepas ini saya mahu Masjid Tanah dikenali sebagai sebuah kawasan tumpuan yang bersih dan kemas, jadi kebersihan itu perlu diutamankan dalam meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat di sini.
“Banyak lagi luahan dan pandangan diterima daripada rakyat ketika saya turun padang berjumpa mereka, ramai inginkan pembaharuan agar Masjid Tanah tidak terus ketinggalan,” katanya ketika ditemui di Japerun Kuala Linggi, di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima ramai yang mahukan lebih banyak pembangunan dijalankan di Parlimen Masjid Tanah.
“Perkara inilah yang perlu kita tambah baik dan mengharapkan sekiranya saya diberi peluang nanti Insya-Allah saya akan bersama dengan kepimpinan yang lain untuk melaksanakan pembaharuan dari semasa ke semasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...
INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
DURIAN TUNGGAL 21 Disember - Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan...