100 tenaga pengajar seluruh negara bentang kajian penyelidikan berpotensi

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 6 Okt. – Program Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) Peringkat Kebangsaan 2020, menjadi platform pengkongsian pengembangan idea baharu dalam menghasilkan produk yang berimpak dan berpotensi untuk dikomersialkan.

Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), Zaidi Othman berkata, program tersebut turut dijadikan medan dalam memacu ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’ ke arah Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), seiring dengan hasrat serta hala tuju Kolej Komuniti Dan Politeknik.

Katanya, program berkenaan turut memberi pendedahan terhadap cabaran proses pembelajaran dalam diri guru, pensyarah dan pelajar mampu ditangani untuk menghubungkait antara teori dan praktis dan penggunaan pelbagai sumber sokongan teknologi maklumat.

Jelasnya, ianya turut melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.

“Program ini diadakan melalui pembentangan hasil penyelidikan dan inovasi pendidikan yang melibatkan penyertaan dari pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik dan Universiti Awam serta guru sekolah di seluruh Malaysia.

“Acara tahunan sejak 2017 ini mampu membina jaringan antara Kolej Komuniti dalam meningkatkan pengetahuan dan pencambahan idea.

“Sekali gus program ini juga mampu memberi peluang dalam menghasilkan penyelidikan dan menyumbangkan kepada transformasi Kolej Komuniti dan Politeknik melalui dapatan yang diperolehi daripada penyelidikan, ” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Program tersebut turut dihadiri Kira-kira 100 pembentang dari seluruh negara yang diadakan di Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Menerusi program diadakan sekitar 10 pagi tadi menyaksikan pelbagai pembentangan penyelidikan membabitkan pelbagai bidang termasuk keusahawanan,ekonomi, perakaunan serta pelbagai lagi.

Views:

658
Kongsi :
Previous post COVID-19: Semua negeri kecuali Perlis catat kes baharu, 375 kes dilaporkan hari ini
Next post Kes COVID-19 di Tanjung Kling diklasifikasikan sebagai sporadik – Exco Kesihatan
Ubah saiz-+=