Mohd Ridhwan jauhi politik kebencian
HANG TUAH JAYA 7 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya (P137), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memilih untuk berkempen secara sihat dan menjauhi politik kebencian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, sepanjang tempoh 14 hari berkempen, beliau akan lebih menekankan kepada penyelesaian isu rakyat.
“Apa yang saya akan bawa adalah isu-isu yang tersangkut yang tidak dapat diselesaikan di peringkat tertinggi.
“Antaranya isu infrastruktur, penyelenggaraan yang tidak selesai dan isu banjir serta pelbagai lagi isu yang begitu lama untuk diselesaikan di peringkat pusat.
“Untuk kempen kali ini pula saya tidak fokus kepada politik kebencian, apa yang nak difokuskan adalah isu kebajikan dan ekonomi yang menjadi fokus kepada orang ramai, bukan sahaja orang muda tapi juga orang ‘lama’, kerana itu lebih penting,” katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini.
Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan untuk penduduk di Parlimen Hang Tuah Jaya untuk memberi ruang dan peluang kepadanya untuk berkhidmat membantu dan menyelesaikan isu yang tidak diselesaikan selepas sekian lama.
“Saya harap penduduk dan pengundi Hang Tuah Jaya dapat memberi ruang dan peluang untuk saya mewakili suara Hang Tuah Jaya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NAHAS KM204: IDENTITI DUA LAGI MANGSA MAUT DIKENAL PASTI
ALOR GAJAH 24 Disember - Indentiti dua lagi mangsa yang maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya...
SAMBUTAN HARI LAHIR SERENTAK JADI KENANGAN TERAKHIR – WARIS MANGSA NAHAS KILOMETER 204
MELAKA, 24 Dis - Sambutan ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak saudaranya yang diraikan secara serentak bulan lepas, menjadi kenangan terakhir...
RM134 JUTA BAYARAN ZAKAT DIAGIHKAN KEPADA ASNAF MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Kepedulian umat Islam melunaskan tanggungjawab membayar zakat memberi satu sinar baharu kepada golongan asnaf di...
MELAKA PERLUAS KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Skim Potongan Gaji Zakat akan terus diperluaskan di Melaka bagi memudahkan pekerja beragama Islam melunaskan...
TRAGEDI KM204: 7 DISAHKAN MAUT, IDENTITI 5 MANGSA DIKENAL PASTI
ALOR GAJAH 24 Disember - Seramai tujuh mangsa disahkan terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuhraya...
SEKURANG-KURANGNYA 6 MAUT DALAM KEMALANGAN DI KILOMETER 204
ALOR GAJAH 23 Disember - Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran, treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV)...