Agong zahir rasa sedih atas pemergian Allahyarham Paimuzi
MELAKA 8 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sedih atas pemergian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya, yang telah kembali ke Rahmatullah tengah hari tadi.
Istana Negara dalam catatan Facebook rasmi memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Paimuzi dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam amatlah dihargai.
“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Paimuzi 59, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 1 tengah hari, akibat komplikasi jantung dan paru-paru.
Paimuzi yang dilahirkan pada 2 Februari 1961 dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim pada Januari 2020.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.
Allahyarham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pada 1985 dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...