Sorting by

×

Masyarakat majmuk hadir sambutan Deepavali di Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

GADEK 6 November – Sambutan perayaan Deepavali anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam di sini berlangsung meriah dihadiri kira-kira 2,000 masyarakat berbilang kaum.

Shanmugam ketika ditemui berkata, beliau sebelum ini menjangkakan 1,500 tetamu menghadiri sambutan itu namun akibat pertambahan pengunjung, beliau menambah juadah bagi memastikan semua masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dapat menikmati hidangan disediakan.

“Saya jangkakan 1,500 tetamu sahaja hadir, namun apabila melihatkan juadah roti canai tidak mencukupi, saya tambah lagi roti canai bagi memastikan semua pengunjung dapat merasai.

“Sambutan pada hari ini dapat dilihat bukan sahaja daripada tetamu berbangsa India malah ada tetamu masyarakat Melayu dan Cina,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di Dewan Japerun di sini, malam tadi.

WhatsApp Image 2022-11-06 at 5.15.48 PM
SHANMUGAM

Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan yang turut sama-sama meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk di kawasan itu.

Shanmugam berkata, setakat ini masyarakat India yang ditemuinya yakin dengan visi dan misi dipamerkan Shahril Sufian mampu membawa kemajuan dan perubahan pada kawasan Parlimen Alor Gajah termasuk DUN Gadek.

Katanya, Shahril Sufian bukanlah individu asing di Melaka kerana keluarga calon BN itu berasal dari Rim, Jasin malah jawatan dipegangnya bukan calang-calang di peringkat nasional.

“Pada dasarnya beliau adalah Naib Ketua Pemuda serta Ketua Penerangan UMNO dan sy berpendapat beliau mempunyai potensi besar dalam menjalankan amanah yang mampu membangunkan kawasan sama ada di DUN Gadek mahupun Parlimen Alor Gajah.

“Rata-ratanya saya temui rakan-rakan kongsi MIC juga berpendapat, calon yang ditonjolkan adalah terbaik antara terbaik kerana saudara Shahril tahu apa yang diperlukan untuk masa depan anak cucu temrasuk visinya untuk membangunkan Parlimen Alor Gajah,” katanya.

WhatsApp Image 2022-11-06 at 5.13.34 PM
SHAHRIL (tengah) bersama mesra dengan penduduk pada sambutan Deepavali di DUN Gadeik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2105
Kongsi :
Previous post PRU15: Ustaz Kazim tarik diri demi abang, amanat arwah ibu
Next post PRU15: Kempen secara santai dan harmoni pilihan Ismail Sabri, elak serangan peribadi
Ubah saiz-+=