Sorting by

×

Dua remaja lelaki maut motosikal bertembung

Masa Membaca:59 Saat

PANTAI KUNDOR 6 November – Dua remaja lelaki termasuk pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Pantai Puteri, di sini, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.18 pagi itu, mangsa Khairul Nizam Sham, 18, dan Muhammad Amirul Hadi Norizan, 15, maut dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan awal dijalankan mendapati ketika kejadian mangsa berusia 18 tahun yang datang dari arah lampu isyarat Tanjung Beruas manakala seorang lagi pelajar tingkatan tiga datang dari arah lampu isyarat Tangga Batu.

Katanya, kedua-dua mangsa dipercayai berlumba dengan motosikal lain dan bertembung antara satu sama lain.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Rakaman dan keterangan saksi bebas sudah diambil pihaknya untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Selain itu, kedua-dua motosikal ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3374
Kongsi :
Previous post Calon muda tidak semestinya fokus isu orang muda – Mohd ridhwan
Next post PRU15: Ustaz Kazim tarik diri demi abang, amanat arwah ibu
Ubah saiz-+=