Sorting by

×

Kepelbagaian jadi kekuatan Tangga Batu – Ban Hong

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TANGGA BATU 6 November – Menjadi satu-satunya calon bukan Melayu bertanding di kawasan Parlimen Tangga Batu tidak anggap sebagai satu kelemahan bagi calon nombor lima dari Barisan Nasional (BN) Datuk Lim Ban Hong.

Sebaliknya, beliau percaya kawasan yang meliputi masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa itu bakal mencipta suatu perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, kepelbagaian itu adalah sumber kekuatan untuknya menawarkan diri berkhidmat bagi pengundi Parlimen itu, apatah lagi kawasan itu merupakan kampung halamannya sendiri.

“Tangga Batu, merupakan kerusi yang mempunyai pelbagai kaum, jadi saya yakin dan percaya di bawah konsep Keluarga Malaysia yang kita dukung selama ini, pengundi-pengundi akan terus memberikan sokongan kerana kepelbagaian itulah merupakan kekuatan.

“Jadi, saya merayu kepada pengundi agar berilah peluang untuk saya berkhidmat di kampung halaman saya dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk masyarakat di Parlimen ini.

“Ini kerana saya yakin dan percaya, Parlimen Tangga Batu mempunyai potensi untuk pembangunan dan kita akan memberi wajah baharu, selain membawa pelbagai faktor perangsang untuk kestabilan dan kemakmuran kawasan ini,” katanya.

C34D63A6-D111-460F-A7FA-0E5F4BC64DE5Ban Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang berkata, pelbagai strategi akan dirangka pihaknya bersama jentera BN Tangga Batu bagi menawan hati pengundi di kawasan itu.

Menurutnya, selain pendekatan konvensional seperti menghadiri ceramah dan berjumpa serta menyantuni rakyat, beliau juga akan memanfaatkan kempen secara dalam talian bagi menyampaikan visi, misi serta aku janjinya untuk pengundi.

“Aku janji dan manifesto saya akan berkait rapat dengan pembangunan baharu yang akan diperjuangkan di kawasan Tangga Batu.

“Ia merangkumi aspek pertanian, perikanan, perusahaan kecik dan sederhana serta mikro dan begitu juga perindustrian, kelestarian dan kemampanan dan ekopelancongan.

“Ia merupakan satu aku janji yang seimbang bukan sahaja untuk kemajuan ekonomi bahkan juga menekankan aspek kesejahteraan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2162
Kongsi :
Previous post PRU: BN lancar manifesto esok, garis 10 teras, 99 tawaran
Next post Rumah terbakar, mujur semua selamat
Ubah saiz-+=