Sorting by

×

PRU: BN lancar manifesto esok, garis 10 teras, 99 tawaran

Masa Membaca:55 Saat

BAGAN DATUK, 6 Nov – Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20.

“Kita mahu soal kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan, jadi kita harus menentukan langkah-langkah untuk menentukan bahawa ia tidak akan memberi kemudaratan yang berat kepada rakyat.

“Di samping itu, kita juga mahu terus menggamit pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) supaya pelabur boleh melabur semula bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai eskport,” katanya.

Calon BN kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Beliau berkata pengumuman itu akan dilakukan secara langsung menerusi media sosial, selain pengedaran bahan bercetak di setiap PDM di seluruh negara.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2034
Kongsi :
Previous post Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai PM tidak berubah
Next post Kepelbagaian jadi kekuatan Tangga Batu – Ban Hong
Ubah saiz-+=