Sorting by

×

Meriah macam di stadium

Masa Membaca:50 Saat

TANGGA BATU 5 November – Sorakan penyokong parti Parlimen Tangga Batu menggamatkan suasana pada penamaan calon di Kompleks Sukan Komuniti Negeri Melaka Krubong, hari ini.

Kemeriahan itu semakin dirasai selepas calon-calon yang bertanding mula masuk ke perkarangan pusat penamaan pada jam 9 pagi tadi.

Penyokong Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan melakukan ‘chant’ seolah-olah di stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

Ditemani instrumen seperti drum, para penyokong kelihatan ‘sporting’ menyanyikan beberapa buah lagu semangat.

Manakala, di bahagian penyokong Perikatan Nasional (PN) pula alunan lagu parti, lagu kerohanian dan selawat sebagai azimat dan tanda sokongan kepada calon bertanding.

Penyokong Pakatan Harapan (PH) pula tiba dengan laungan Reformasi, selain turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada petugas khususnya anggota polis.

Untuk rekod, setakat 9 pagi tadi, terdapat lima calon hadir ke pusat penamaan bagi menyerahkan borang pencalonan bertanding di Parlimen Tangga Batu.

Pada PRU14 lalu, Parlimen Tangga Batu dimenangi oleh calon PKR Rusnah Aluai dengan majoriti 4,659.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post Konvoi gelombang biru iringi calon BN, Shahril Hamdan
Next post PRU15: Penamaan calon ditutup, kempen bermula
Ubah saiz-+=