
Penamaan calon Parlimen Tangga Batu meriah
TANGGA BATU 5 November – Kehadiran penyokong parti mula menggamatkan Kompleks Sukan Komuniti Negeri Melaka Krubong bersempena penamaan calon bagi Parlimen Tangga Batu, hari ini.
Para penyokong mula tiba di pusat penamaan calon bermula jam 7.40 pagi tadi.
Kemeriahan itu merupakan yang pertama kali dapat disaksikan selepas lima tahun.
Tahun lalu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kemeriahan itu tidak dirasai berikutan penyokong tidak dibenarkan hadir memberi sokongan kepada calon disebabkan ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman COVID-19.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon berlangsung pada jam 9 pagi hingga 10 pagi ini.
Difahamkan, Parlimen Tangga Batu bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Bebas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...