
Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 4 November – Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa dipercayai terjun ke dalam air ketika sedang bermain di kawasan pantai bersama tiga rakannya sebelum hilang dari pandangan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 3.43 petang sebelum menggerakkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu ke lokasi.
Setakat jam 5.30 petang, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan pihak bomba.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...