Nasib nelayan tidak dipinggirkan, tambah baik elaun sara hidup
SUNGAI RAMBAI 30 Oktober – Kerajaan tidak meminggirkan nasib nelayan dalam usaha memastikan kelangsungan hidup golongan kurang berkemampuan atau B40 itu ketika berdepan ekonomi tidak menentu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, lebih 50,000 nelayan darat dan nelayan laut mempunyai lesen berdaftar dan menikmati Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) diberikan oleh kerajaan.
Justeru katanya, beliau berharap elaun itu diharapkan dapat ditambah baik dan diteruskan serta dipertahankan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
âGolongan nelayan, petani dan penternak adalah penyokong kerajaan, kerana golongan ini sentiasa diberikan perhatian.
â(Malah) Yang Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sebenarnya datang dari golongan tersebut, kerana beliau cukup sensitif dengan golongan B40.
âDiharapkan, elaun ini dapat dipertahankan bukan sahaja pada pembentangan Bajet 2023 malah Perdana Menteri sendiri memberikan pembelaan kepada golongan B40 terutama petani, penternak dan nelayan menerusi pelbagai peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI),â katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pesta Jejaki Udang Galah di Sungai Kesang Peringkat Daerah Jasin di Laman Belia Sungai Rambai di sini, hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon.
Untuk rekod, setiap nelayan laut menerima ESHN sebanyak RM300 manakala nelayan menerima sebanyak RM200.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.