
Dua daerah di Melaka terkesan banjir, 250 mangsa dipindahkan
AYER KEROH 28 Oktober – Mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi ini dengan jumlah mangsa dipindahkan kini mencecah 250 orang, setakat 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 66 keluarga yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Katanya, bencana itu kini membabitkan dua daerah iaitu di Alor Gajah dan Melaka Tengah, dengan yang terbaharu membabitkan Kampung Lanjut Manis, Krubong.
“Secara keseluruhan, seramai 34 mangsa berada di PPS Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar, 43 di PPS Balai Raya Gadek, 116 di SMK Seri Pengkalan dan 57 mangsa di PPS Kampung Lanjut Manis yang dibuka pada jam 1 pagi tadi,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, antara kawasan yang terjejas banjir ialah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Pengkalan, Taman Seri Bayu II, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Lanjut Manis.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan terus melakukan pemantauan berterusan di kawasan terjejas, selain memantau paras air di sungai berhampiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...