Ahli majlis pantau saliran belum diselenggara
ALOR GAJAH 27 Oktober – Ahli Majlis setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memainkan peranan untuk memantau sistem perparitan dan saliran yang masih belum diselenggara bagi mengurangkan risiko banjir terutama pada musim Monsun Timur Laut.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jika ada lokasi belum diselenggara maklumat itu akan disalurkan kepada Yang Dipertua PBT berkenaan untuk tindakan lanjut.
“Peranan yang dimainkan oleh Ahli Majlis ini akan membantu PBT mendapatkan maklumat semasa dan terkini mengenai penyelengaraan yang perlu dilakukan.
“Semua ini bagi memastikan saliran dibawah tanggungjawab PBT diselenggara dan dibersihkan untuk melancarkan aliran air ketika hujan lebat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat MPAG, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Sulaiman berkata, bilik gerakan banjir, PBT dan agensi berkaitan lain juga sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENIAGA RUGI LEBIH RM50,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 16 Disember - Seorang peniaga kedai makan kerugian RM50,450 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi...
UNIMEL, 10 BRIGED PARA ANJUR KURSUS PRA PERKAHWINAN
KUALA LINGGI 16 Disember - Bukan sekadar melahirkan insan yang berilmu, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) juga cakna berhubung aspek pembangunan...
JIPS MULAKAN SIASATAN BERKAITAN ANGGOTA POLIS TUNJUK ISYARAT LUCAH
KUALA LUMPUR, 16 Dis - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang...
ARAH KIBLAT TEPAT, SOLAT TENANG, JIWA TENTERAM
AYER KEROH 16 Disember - Solat adalah tiang agama bagi setiap individu Muslim, bukan sahaja perlu dikerjakan mengikut tertib dan...
LELAKI PANDU AXIA SECARA BERBAHAYA DITAHAN
ALOR GAJAH 16 Disember – Padah memandu kereta secara berbahaya dengan aksi zig zag di lebuh raya, seorang lelaki berusia...
MPHTJ TAWAR DISKAUN KOMPAUN HINGGA 70 PERATUS
AYER KEROH 16 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menawarkan diskaun kompaun sehingga 70 peratus bermula 15 Disember...