Sorting by

×

Dua maut MPV rempuh tiang MRT

Masa Membaca:49 Saat

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT) berhampiran Eco Cheras Mall di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizuan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Beliau berkata kelima-lima mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada 7.06 pagi.

“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala tiga lagi cedera serta berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menerima rawatan sementara mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti kesemua mangsa serta punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. — BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2240
Kongsi :
Previous post Rindu tiga tahun terubat Deepavali ini
Next post Banjir di Alor Gajah semakin pulih, hanya 32 mangsa di PPS
Ubah saiz-+=