Sorting by

×

Pekerja SWM maut motosikal terbabas

Masa Membaca:50 Saat

ALOR GAJAH 24 Oktober – Pekerja SWM maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian di Jalan Baru, Tanjung Bidara, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa Ahmad Jamil Ibrahim, 47, yang menunggang motosikal V16 maut dilokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian itu turut membabitkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang pesara berusia 64 tahun.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dan kereta itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Bidara menghala ke Masjid Tanah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sisi kiri belakang kereta sebelum terbabas.

“Akibat perlanggaran itu penunggang motosikal disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan dibahagian kepala, kaki dan tangan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6946
Kongsi :
Previous post Kemelut Abang Viva, keluarga sudah berakhir
Next post Rindu tiga tahun terubat Deepavali ini
Ubah saiz-+=